Larangan
syirik / mengadakan sekutu bagi Allah S.w.t
Pengertian syirik dari segi bahasa
dan syara’
Syirik
adalah kata dasar dari Bahasa Arab iaitu Syaraka yang bermaksud : Menyamakan
sesuatu dengan sesuatu dari segi bahasa. Manakala dari segi syara’ bermaksud:
Menyamakan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah sama ada
secara iktikad, perbuatan atau perkataan.
Penjelasan
surah Al Isra': 23
Perintah yang paling agung adalah mentauhidkan Allah, dan larangan yang paling besar adalah larangan dari menyekutukan Allah
Penjelasan tentang makna tauhid
Ibadah adalah penamaan yang mencakup segala hal yang dicintai dan diridhoi oleh allah baik berupa ucapan maupun amalan, baik nampak ataupun tersembunyi
Seluruh jenis ibadah hanya boleh diberikan kepada Allah semata dan sedikitpun tidak boleh diberikan kepada selain-Nya
Perintah yang paling agung adalah mentauhidkan Allah, dan larangan yang paling besar adalah larangan dari menyekutukan Allah
Penjelasan tentang makna tauhid
Ibadah adalah penamaan yang mencakup segala hal yang dicintai dan diridhoi oleh allah baik berupa ucapan maupun amalan, baik nampak ataupun tersembunyi
Seluruh jenis ibadah hanya boleh diberikan kepada Allah semata dan sedikitpun tidak boleh diberikan kepada selain-Nya
Firman Allah s.w.t.:
فَلَا
تَجۡعَلُواْ لِلَّهِ أَندَادً۬ا وَأَنتُمۡ تَعۡلَمُونَ…….
“Maka janganlah kamu membuat sekutu untuk Allah padahal kamu
mengetahui (bahawa Allah adalah maha Esa)”
Surah Al Baqarah : Ayat 22
Ibnu
Abbas r.a. dalam menafsirkan ayat tersebut mengatakan: “membuat sekutu untuk
Allah adalah perbuatan syirik, suatu perbuatan dosa yang lebih sulit untuk
dikenali dari pada semut kecil yang merayap di atas batu hitam, pada malam hari
yang gelap gulita. Iaitu seperti ucapan anda: ‘demi Allah dan demi hidupmu
wahai fulan, juga demi hidupku’, Atau seperti ucapan: ‘kalau bukan kerana
anjing ini, tentu kita didatangi pencuri pencuri itu’, atau seperti ucapan:
‘kalau bukan kerana angsa yang dirumah ini, tentu kita didatangi
pencuri-pencuri tersebut’, atau seperti ucapan seseorang kepada kawan-kawannya:
‘ini terjadi kerana kehendak Allah dan kehendakmu’, atau seperti ucapan
seseorang: ‘kalaulah bukan kerana Allah dan fulan’.
“Oleh
kerana itu, janganlah kamu menyertakan “si fulan” dalam ucapan-ucapan di atas,
kerana boleh menjatuhkan kamu ke dalam kemusyrikan.” Hadith Riwayat Ibnu Abi Hatim
Diriwayatkan
dari Umar bin Khaththab r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barang
siapa yang bersumpah dengan menyebut selain Allah, maka ia telah berbuat
kekafiran atau kemusyrikan” Hadith
Riwayat Tirmidzi, dan ia nyatakan sebagai hadis hasan, dan dinyatakan oleh Al
Hakim shohih.
Dan
Ibnu Mas’ud r.a. berkata:
“sungguh
bersumpah bohong dengan menyebut nama Allah, lebih Aku sukai daripada bersumpah
jujur tetapi dengan menyebut nama selainNya.”
Diriwayatkan
dari Hudzaifah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Janganlah
kalian mengatakan: ‘atas kehendak Allah dan kehendak si fulan’, tapi
katakanlah: ‘atas kehendak Allah kemudian atas kehendak si fulan’.” (HR. Abu Daud dengan sanad yang baik).
Diriwayatkan
dari Ibrahim An Nakha’i bahawa ia melarang ucapan: “Aku berlindung kepada Allah
dan kepadamu”, tetapi ia memperbolehkan ucapan: “Aku berlindung kepada Allah,
kemudian kepadamu”, serta ucapan: ‘kalau bukan kerana Allah kemudian kerana si
fulan’, dan ia tidak memperbolehkan ucapan: ‘kalau bukan kerana Allah dan
kerana fulan’.
Sejarah
permulaan Syirik
Syirik
mula dilakukan ketika zaman Nabi Nuh a.s, dan oleh kerana itulah dia menjadi
RASUL yang pertama diutuskan untuk kaumnya. Dan seorang rasul diutuskan tidak
lain adalah untuk menyeru umatnya agar beribadah kepada Allah semata2 tanpa
menyekutukanNya dengan suatu apa pun atau dengan kata lain menTAUHIDkan Allah.
“Dan
sungguh Kami telah mengutus Rasul pada tiap-tiap umat (untuk menyerukan):
Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah thaghut… ” Surah An Nahl : Ayat 36
Ibnu
Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir menjelaskan tentang ayat 36 Surah An Nahl
itu dengan menyatakan bahawa kejadian syirik pertama yang berlaku ke atas anak
Adam ialah terhadap kaum Nuh a.s.
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Nuh
kepada kaumnya, lalu ia berkata: “Hai kaumku, sembahlah oleh kamu Allah,
(kerana) sekali-kali tidak ada Ilah bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak
bertaqwa (kepada-Nya)?” Surah Al
Mu’minuun : Ayat 23
Nabi
Nuh a.s menyeru kaumnya agar berhenti menyembah patung dan kembali menTAUHIDkan
Allah. Tetapi kaumnya hanya memperlekehkan beliau dan mengutuknya serta menuduh
Nuh sebagai sesat. Kata-kata mereka sebagaimana yang difirmankan oleh Allah
S.w.t di dalam AlQuran
“Dan
mereka berkata: “Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) ilah-ilah
kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, dan
jangan pula Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr”.
Surah Nuh : Ayat 23
Menurut
Ibnu Abbas r.a, Wadd, Suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr adalah orang soleh
daripada kalangan kaum Nabi Nuh. Apabila mereka meninggal dunia maka syaitan
membisikkan ke telinga kaum itu agar membuat patung menyerupai mereka agar
dapat mereka mengenang segala amalan soleh serta jasa orang soleh berkenaan.
Patung itu turut dijadikan perangsang bagi mereka untuk mencontohi perbuatan
orang soleh. Patung berkenaan pada peringkat awalnya tidak disembah oleh kaum
itu. Namun masa berlalu dan generasi awal kaum ini meninggal dunia, generasi
baru yang menggantikannya banyak melupakan ajaran agama sebenar. Syaitan sekali
lagi memainkan peranan untuk menyesatkan umat manusia dengan membisikkan kepada
mereka bahawa generasi sebelum mereka itu menyembah patung berkenaan untuk
mendekat diri mereka kepada Allah.
Disebabkan
kejahilan mereka terhadap ajaran agama maka bermulalah amalan menyembah patung
orang soleh itu atas dasar mengagungkan dan kecintaan terhadap mereka serta ia
dijadikan sebagai objek perantaraan untuk memohon doa serta syafaat. Al-Laata
yang juga antara berhala terbesar pada zaman jahiliah di Makkah juga nama
seorang yang masa hidupnya gemar memberi makanan kepada jemaah haji yang
mengunjungi Kaabah.
Syirik
/ menyekutukan Allah adalah dosa yang paling besar
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata:
“Sesungguhnya Allah ialah Al-Masih putera Maryam”, padahal Al-Masih (sendiri) berkata:
“Hai Bani Israil, sembahlah Allah Rabbku dan Rabbmu”. Sesungguhnya orang yang
mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya
syurga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu
seorang penolong pun. “ Surah Al
Ma’idah : Ayat 72
“Dan
sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada (nabi-nabi) sebelummu: ‘Jika
kamu mempersekutukan (Allah), nescaya akan hapus amalmu dan tentulah kamu
termasuk orang-orang yang rugi’.”
Surah Az-Zumar : Ayat 65
“Nabi
S.a.w ditanya tentang dosa apa yang paling besar, beliau bersabda, “engkau
menyeru sekutu Allah sedang Dia telah menciptakan kamu”. Hadith Riwayat Muslim
Bagi orang Islam, sesiapa yang
mempercayai, meyakini, mentaati dan menyembah apa sahaja perkara yang dianggap
berkuasa ataupun menyamai sifat dan keagungan Allah S.W.T, dia sudah melakukan
syirik yang besar dan boleh dijatuhkan hukuman murtad jika enggan bertaubat
setelah diberikan penerangan serta peluang. Antara contoh perlakuan syirik yang
sering dlakukan dalam masyarakat adalah memohon sesuatu daripada kubur orang
yang meninggal dunia, memohon sesuatu daripada makhluk jin dengan cara memuja
dan mempersembahkan sesuatu kepada mereka, memuja dan mempercayai ‘kekuasaan’
semua makhluk sama ada pokok, bukit, gua, busut, matahari, bintang, bulan dan
sebagainya.
Tidak ada komentar :
Posting Komentar